https://www.youtube.com/watch?v=tFifWw6DGz8

Sebuah kisah sedih yang menyayat hati yang pernah berlaku dalam tahun 2011....


 Aku terkedu. Speechless. Sedih yang amat sangat.

Kenapa kau begitu kejam manusia?

Bukan seorang, malahan 18 orang yang lalu lalang di situ sedikit pun tak tolong. Entah apa yang difikirkan di lubuk hati mereka? Anak patung? Seekor ayam yang baru kena langgar? Mungkin melihat kanak-kanak itu mati lebih baik bagi mereka.

Terlalu banyak kes yang melibatkan kanak-kanak. Kelar, jerut, bunuh, buang, tikam, bakar, rogol, liwat dan seumpamanya. Begitu sinonim di tajuk-tajuk akhbar kini. Seperti trend yang dibanggakan. Sejak zaman berzaman, hari demi hari kekejaman manusia bertali arus. Tidak pernah surut. Malah makin bercambah. Manusia makin mengejar kemajuan dunia, manusia makin mundur. Mundur untuk mengawal emosi. Mundur untuk mengawal kemarahan. Mundur untuk menjadi manusia yang ada sifat belas kasihan.

Kau mengumpat, kau memaki hamun, kau mengeluarkan kata-kata kesat dengan binatang-binatang yang haram. Tidak sedarkah kau pun layak di samakan dengan binatang-binatang itu? Binatang juga punya belas kasihannya. Jadi, kau hina dari binatang? Kau sibuk buat anak, dan kau bunuh mereka. Adakah kau layak dipanggil manusia?

Astaghfirullahalazim.

Minta maaf sekiranya aku sedikit beremosi. Hati aku begitu dirundum sedih. Aku terlalu sayangkan kanak-kanak. Mereka insan tidak berdosa. Mereka insan yang perlu ditatang, diasuh, dididik, dicorak dengan sempurna. Supaya jadi manusia berguna kelak.




Kita makin hanyut disebabkan kita tidak berpegang pada tali ALLAH. Asasnya tidak kuat, maka jalannya longgar. Tiada cara lain, kembali pada jalan ALLAH. Jika masih berkesempatan, jangan abaikan. Segerakan bertaubat. Takut-takut bila nyawa di hujung tanduk, sudah tiada erti penyesalan.

Wassalam.



"Ya ALLAH, berilah kekuatan pada hati-hati kami untuk dekat denganMU. Ya ALLAH, selamatkan generasi kami dari terus hanyut tidak bertepi."

Post a Comment