Seorang kanak-kanak terpaksa menahan sakit hampir sejam selepas kakinya telah tersepit pada tangga eskalator pusat membeli belah Lot 10 semalam.
Kanak-kanak yang berusia empat tahun berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan pada kaki kanannya.
Ketika kejadian, kanak-kanak tersebut sedang menuruni kompleks berkenaan bersama ahli keluarganya ke tingkat bawah namun tiba-tiba kasut yang dipakainya tersepit dicelah eskalator berkenaan yang menarik sekali kakinya.
Keluarga mangsa pada awalnya cuba mengeluarkan kaki kanak-kanak tersebut tetapi gagal.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, seramai enam pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 7.44 petang.
"Kaki kanan mangsa tersepit pada celah dinding dan konveyor tangga bergerak itu,"katanya.
Beliau berkata, selepas sejam pihaknya berjaya mengeluarkan kaki kanak- kanak itu sebelum diserahkan kepada ambulans untuk rawatan lanjut.
1 comments:
Hai.. Sobat semua yg lg demen main judi togel, nih ada solusi yg tepat and akurat..
ReplyKrna sy udah buktikan, kalau sobat mau tau info lebih lanjut Call aja Mbah Suro atau Eyang Suro di nmr 082354640471 di jamin deh brankas bandot pasti jebooll... Thanks sobaattt
Post a Comment