Perkahwinan yang dijodohkan oleh ibu bapa masing-masing mempelai ini di Uttar Pradesh, India. Pihak keluarga dan warga desa setempat sudah berkumpul untuk menyaksikan pernikahan ini.
Semuanya baik-baik saja sehinggalah si mempelai wanita melihat calon suaminya, yang memang baru dilihatnya buat pertama kali. Demikian seperti dipetik dari Asia One.......
Tepat ketika perarakan perkahwinan hendak dilakukan, si mempelai wanita tiba-tiba membuat pengumuman. Di depan semua orang, si mempelai wanita tiba-tiba berteriak dirinya tidak akan berkahwin dengan calonnya.
Alasannya kerana calon suaminya terlalu gelap jika dibandingkan dengan dirinya. Hal ini tentu membuat seluruh tetamu maupun pihak keluarga terkejut bukan main.
Wanita ini kemudian dipujuk oleh keluarganya untuk tetap menikahi lelaki tersebut, namun dia menolak. Malah dia pergi keluar meninggalkan perkahwinan tersebut begitu saja.
Post a Comment