Drama bersiri 20 episod terbitan MIG yang diarahkan oleh
 Mohd Azaromi ini mengisahkan Farizal yang terpaksa berpisah
 dengan ayah dan ibu angkatnya pada usia 10 tahun apabila didakwa
 sebagai anak Datuk Malik yang hilang ketika bayi. Demi menjamin
 masa depan anaknya, ayah angkat Farizal telah mengakui perkara itu. 
Farizal dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Datuk Malik
dan Datin Saerah sehinggalah kemunculan Amirul yang sebaya 
dengannya. Sejak itu, Datuk Malik dan Datin Saerah mula beralih 
kasih sayang kepada Amirul. Farizal sedih dan mula berdendam 
dengan Amirul yang dianggap sebagai perampas kebahagiaannya.
Kemarahan Farizal memuncak apabila Datuk Malik mengakui bahawa
Amirul ialah anak kandungnya dan bukan Farizal. Akhirnya, Farizal telah
lari dari rumah dan tidak pernah kembali. 
Setelah dewasa, Farizal memulakan rancangannya untuk menjatuhkan 
Datuk Malik. Farizal telah berkahwin dengan anak perempuan Datuk Malik,
Atikah walaupun dia sebenarnya menyayangi Linda. Kebijaksanaan Farizal 
dalam bidang perniagaan berjaya mendapat kepercayaan daripada
Datuk Malik kerana Amirul tidak mahu mengambil peduli dengan 
perniagaan keluarga. Amirul yang pendiam lebih berminat melukis
 dan sering mengembara ke serata tempat. 
Amirul telah lama menyimpan perasaan terhadap Linda yang pernah
menuntut di universiti yang sama dengannya. Namun, Linda hanya 
menganggap Amirul sebagai sahabat baiknya sahaja kerana sejak kecil dia 
menunggu kepulangan Farizal yang pernah tinggal di rumah anak yatim
 bersamanya dahulu. 
Datin Saerah mencurigai niat Farizal apabila melihat anaknya, Atikah yang 
sering kemurungan. Oleh itu, Datin Saerah memujuk Amirul untuk belajar
selok belok perniagaan Datuk Malik. Farizal telah berkomplot dengan Lily
untuk menganiayai Amirul. Apakah yang akan terjadi seterusnya? 
Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter TV3 Malaysia
untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan 
drama bersiri ini boleh menontonnya melalui laman sesawang
Tonton di www.tonton.com.my.