GAJET MAHAL DEMI ANAK


Ledakan teknologi gajet banyak mempengaruhi kehidupan manusia pada hari ini. Ibu bapa yang menyogok anak-anak dengan pelbagai teknologi moden harus memikirkan kesan buruk yang akan ditanggung oleh anak-anak mereka. Dunia pascamoden pada hari ini tidak menjanjikan sepenuh kebaikan, terdapat juga keburukan yang akan timbul melalui revolusi teknologi terhadap anak-anak anda.


gadjet
Antara kajian yang telah dijalankan di Edinburgh Sleep Centre telah mendapat keputusan yang mengejutkan. Para pengguna peranti elektronik dengan tahap penggunaan terlampau kerap telah menghasilkan gangguan terhadap kualiti tidur. Akhirnya, gangguan masa tidur yang sedikit boleh menyebabkan obesiti atau kegemukan. Hal ini disebabkan tabiat buruk tidur yang mengganggu fungsi hormon yang mengawal kelaparan dan menambah keinginan untuk makan makanan yang tinggi kalori. Masalah ini merupakan antara punca obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Untuk mengatasi masalah ini, para ibu bapa perlu mengalihkan penggunaan peranti elektronik dan gajet daripada kanak-kanak. Peraturan tidur yang tegas juga perlu diperketatkan agar gangguan hormon ini dapat dicegah.
Satu kajian yang melibatkan 2000 ibu bapa dan anak yang berusia tiga hingga 16 tahun mendapati hampir separuh daripada kanak-kanak yang dikaji dibekalkan alat permainan mudah alih manakala 50 peratus lagi memiliki  permainan video. Kerana ibu bapa yang menyediakan gajet sebegini, kanak-kanak telah menghabiskan masa sehingga tiga jam sehari dengan menonton televisyen, bermain permainan komputer atau melayari internet. Ini menyebabkan masa kualiti bersama keluarga semakin berkurangan. Dalam nisbah satu daripada empat ibu bapa akan mendapati berlakunya pertelingkahan disebabkan penggunaan gajet di antara mereka. Ini merupakan perkara yang memudaratkan institusi kekeluargaan dan wajar dibendung dari awal.
Ibu bapa pada hari ini perlu jelas dengan peralatan teknologi yang sesuai dengan keperluan anak-anak. Dengan menyediakan permainan kreatif yang boleh mengatasi masalah ini dapat memberi situasi yang baik dalam kehidupan anak-anak anda malahan dapat mengelakkan perpecahan keluarga yang tentunya canggung untuk dihadapi.

Post a Comment