Misteri Wanita Berambut Panjang di Hospital Putrajaya

Dikatakan bahawa sebuah hospital di Putrajaya telah sering berlaku kejadian gangguan sehingga menakutkan mereka yang bertugas syif malam. 



Ramai yang mendakwa melihat seorang wanita yang berambut panjang mengurai di bahagian koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN). 



Wanita tersebut dikatakan bernama Shasha. 

Pihak pengurusan Hospital Putrajaya yang canggih dan moden itu mencuba kaedah spiritual yang berlandaskan agama semasa upacara memagar, pada minggu lepas.

Acara memagar bagi mengelakkan gangguan dari makhluk halus dan ia dilakukan oleh 40 orang perawat yang telah dijemput dari pusat perubatan alternatif terkenal, Darussyifa.




Walaupun kebanyakan kakitangan hospital menolak menyatakan secara terang-terangan upacara memagar telah dijalankan, mereka mengaku ada melihat perawat perubatan yang berkopiah merenjis air di sekitar kawasan hospital berkenaan. Darussyifa yang dinaungi oleh Datuk Dr Haron Din, sememangnya terkenal di negara ini sebagai ikhtiar untuk merawat gangguan makhluk halus menggunakan cara Islam dan berlandaskan al-Quran.

Post a Comment