Pihak polis New Zealand telah berjaya memberkas penjenayah hasil daripada bantuan sekumpulan kambing biri-biri yang menghalang jalan raya sekaligus menghentikan aksi kejar mengejar polis dan penjenayah yang telah berlangsung selama 90 minit.
Seorang saksi berkata, empat orang penjenayah tersebut telah buntu untuk melarikan diri apabila lebih kurang 150 ekor kambing biri-biri telah menghalang laluan meraka.
Aksi kejar mengejar ini telah bermula dari timur Alexandra apabila polis mengesyaki sebuah kenderaan yang sedang memandu melebihi had laju dan memiliki plat kenderaan yang tidak sah. Menurut pegawai yang bertugas, pihaknya telah mengejar suspek sehingga ke kawasan luar Queenstown.
Tiga lelaki dan seorang wanita telah ditahan menurut laporan The Sydney Morning Herald.
Dan yang pastinya tidak ada seekor pun kambing biri-biri yang tercedera dalam kejadian tersebut.
TERIMA KASIH EN KAMBING BIRI-BIRI!!!
Post a Comment