Masih segar dengan kejayaan mereka menarik perhatian rakyat Malaysia
dengan persembahan meruntun jiwa di Anugerah Juara Lagu Ke-29 lalu,
Caliph Buskers tidak menunggu lama dengan melancarkan single terbaru
mereka yang berjudul 'Hanya NamaMu'.
Malah, video muzik untuk lagu ini turut dilancarkan di Youtube menerusi
akaun KRU Music.
Ternyata video muzik yang dilancarkan telah berjaya menarik perhatian
penonton dengan menampilkan jalan cerita kehidupan sebenar mereka
sebagai pemuzik jalanan.
Menerusi komen-komen yang dikongsi peminat, rata-rata memuji lagu ini
malah melahirkan rasa sebak dengan jalan cerita yang dipaparkan dalam
video muzik ini.
Nampaknya Caliph Buskers sekali lagi berjaya menarik perhatian peminat
dengan persembahan hebat mereka. Tahniah diucapkan, semoga
Caliph Buskers akan terus maju
dan mampu mengorak langkah lebih jauh dalam industri muzik negara.
Post a Comment